
Mukjizat adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang beroperasi di Shah Alam. Bidang perniagaan yang menjadi tumpuan utama Mukjizat adalah Agriculture. Serai menjadi tanaman tumpuan untuk perniagaan kami. Mukjizat menyediakan sistem 'kontrak farming' selain mempunyi ladang sendiri. Kebanyakan ladang-ladang kami terletak di negeri Pahang iaitu di daerah Kuala Lipis. Ladang-ladang ini diusahakan bersama-sama penduduk kampung atas satu sasaran iaitu menambah pendapatan penduduk kampung bagi mengurangkan kadar miskin tegar di kalangan penduduk. Projek ini dijalankan atas sokongan ahli jawatan kuasa kampung. Bagi mereka yang terlibat di dalam kontrak farming bersama mukjizat, berbagai kemudahan disediakan untuk menjana pendapatan termasuklah penyediaan tanah serta tenaga kerja. Ini bagi mengelak kos yang tinggi dan pendapatan yang maksimum.Konsep ini adalah bertujuan untuk menjadikan tanaman serai ini sebagai tanaman utama pengusaha untuk jangkamasa yang lama dan kurang dari segi bebanan kos dan penyelenggaraan.Marilah bersama-sama kita membangun untuk kepentigan kehidupn kita.